Monday, February 8, 2010

@d@ @p@ ng@n cint@

erm apa yang besar sangat dengan cinta nie eik..?

kenapa cinta nie mesti menyakitkan...

cinta nie besar sangat ke sampai kita sume lupa diri, lupa keluarga, lupa kawan2 dan lupa segalanya...

kenapa cinta nie mesti macam nie...

besar ke cinta bila kita musnahkan kerjaya kita semata2 untuknya...

besar sangat ke cinta nie bila kita tak dapat nak nampak orang lain selain orang yang dicintai...

besar sangat ke cinta nie bila die asyik buat kite menangis, meraung...

besar sangat ke cinta nie hingga melupuskan prinsip yang baik dalam diri kita....

besar sangat ke cinta nie bila kita akan marah pada semua orang, kita sakiti hati kita sendiri, hati kedua ibu bapa kita , hati kawan2 kita...

itu yang dinamakan cinta ke semua tue....

teruknya kalo nak bercinta macam tue...

kenapa kita selalu lupa bahawa bila kita bercinta bukan bermakna kita hanya bercinta dengan diri orang tue saje...tapi sebenarnya bila kita jatuh cinta kita kene menerima memberi kasih sayang serta kebahagian yang dicari..

kenapa kita selalu lupa yang cinta pada manusia nie bersifat sementara...

berapa banyak manusia yang hebat cinta nye boleh sampai ke jinjang pelamin...

dan kalo berkahwin pun cinta itu kekal hingga akhir hayat..

berapa ramai yang ada cinta begitu..?

dan berapa ramai yang hebat bercinta sebelum berkahwin, bila dah kawen putus ditengah jalan..

pe semua tue..

so cinta tue kekal ke..?

boleh ke kite nie hidup dan nak memperjuangkan sesuatu yang belum tentu lagi akan terus berpanjangan..?

seronok ke kita bila kita tengok zaman kemalapan kita hanya kerana cinta yang boleh ditukar ganti...

dan seronok kite kita bila seseorang tue lebih mementingkan cinta daripada tanggungjawab...

padahal bila ada rasa tanggungjawab itu adalah lebih kekal dari segalanya..

lebih kekal daripada cinta....

lebih kekal daripada janji....

apabila seseorang itu bertanggungjawab...

mesti die akan menjaga orang disekelilingnya yang telah dipertanggungjawabkan untuk die..

betul tak...

sebab selalunye ayah yang bertanggungjawab....die akan jaga anak-anaknya walaupun macam mana pun kerenah anak2nya, dan die tidak akan membuang tanggungjawab yang ada...

seorang ibu yang bertanggungjawab pun akan menjaga dan berkorban segalanya untuk anak2nya...kerana ibu menyayangi seorang anaknya lebih daripada nyawa nya....tau kenapa ?kalo die sayangkan nyawa die , die tak kan susah2 nak mengandungkan kita selama 9 bulan dan susah2 nak melahirkan kita sampai mempertaruhkan nyawa die.....buat apa nak bersusah payah untuk benda yang tak disukai..buat apa nak buang masa untuk benda yang tak disayangi....baik gugur kan saja....betul tak..?sebab tue syurga bawah tapak kaki ibu...

seorang suami yang bertanggungjawab akan menjaga seorang perempuan yang bergelar isteri kepada nya, akan cuba mencintai walaupun pada mula nya tiada rasa cinta, akan cuba mengasihi walaupun pada mulanya tiada rasa kasih dan akan menjaga dengan baik isterinya walau dalam apa jua keadaan pun....sebab isteri adalah tanggungjawab seorang suami....kalo tak nak bersusah payah kenapa mesti berkahwin sedangkan tak nak bertanggungjawab...

seorang isteri yang bertanggungjawab die juga akan menjaga segalanya untuk suaminya, membantu suaminya...mempercayai suaminya....menyayangi suaminya.....melindungi apa yang suaminya lindungi....menyayagi apa yang suaminya sayangi dan mempertahankan suaminya daripada segala-galanya.....sbb tue syurga isteri di bawah tapak kaki suami......

seorang anak yang bertanggungjawab die akan menjaga, menyayangi, mengasihi ibubapa nya walau dalam apa jua keadaan pun walhalpun melibatkan nyawanya......kerana tanpa ibu bapa siapa kita sebagai seorang anak...so jangan kita nak berlagak yang kita nie boleh hidup tanpa ibu bapa...dan jangan kita nak berlagak yang kita nie tidak memerlukan ibu bapa....sape kita untuk mempertikaikan serta menilai ibu bapa kita...?kita cuma seorang anak...seorang anak tanpa ibu bapa seolah2 badan tanpa kepala, seorang anak tanpa ibu bapa seolah2 seperti kereta yang tidak mempunyai sterengnya.....so sape kita nak menilai..?

seorang kakak dan abang yang bertanggung jawab akan menjaga , menyayangi adik2nya.....akan berkorban untuk adik2nya....kerana apa? kerana tanggungjawab seorang kakak dan abang...lagi kerana apa..?kerana tanpa adik2 kita tidak akan bergelar seorang kakak, tidak akan bergelar seorang abang...

seorang adik yang bertanggungjawab akan mendengar dan mematuhi serta menjaga juga menyayangi kakak dan abangnya....kerana apa..?kerana kakak dan abangnya banyak berkorban untuk adik2nya....

seorang kawan yang bertanggungjawab juga akan menjaga kawan2nya...bukan memusnahkan kawan2nya...tapi  menolong kawan2nya walaupun apa jua keadaan pun....

so besar sangat ke cinta tue...?

mana cinta tue nak diletak..?

bercinta pada manusia tidak akan kekal selamanya...tapi bercinta  dengan Allah, Nabi, Al Quran, agama.....akan kekal selamanya...

buktinya apabila kita lupa kan Allah, Allah ingatkan kita...Allah bagi ujian pada kita supaya ingatkan Nya.....dah selepas tue menurunkan rahmat dan kebahagian pada kita....

cintakan nabi kerana di padang mahsyar nanti sape yang tolong kita...?ada cinta nak tolong kita...?tapi tanggungjawab akan tolong kita....syafaat Rasulullah akan tolong kita..betul tak..?

bercinta dengan Al Quran kita akan rasa tenang...dan die tak pernah lari bila kita inginkannya...betul tak..?bila kita mati orang baca kan yassin untuk kita....so ade ke cinta kite nak tolong kita..?

bercinta dengan agama akan melepaskan seksa hidup di dunia , dalam kubur dan akhirat...mana cinta waktu tue eik...?

so besar sangat ke cinta pada manusia nie jika nak dibandingkan dengan cinta pada Allah, Nabi, Al Quran dan agama...

berbaloi ke kalo nak korbankan cinta pada Allah yang sudah tentu kekal untuk cinta kepada manusia yang tidak tahu penghujungnya...?

berbaloi ke nak korbankan tanggungjawab kita hanya semata2 pada cinta yang tak kekal, yang ada pasang surutnya..?

so mulai sekarang kita pasang azam dan banyak2 berdoa untuk dapatkan orang yang bertanggungjawab...kerana cinta yang beriringan dengan tanggungjawab akan kekal...insyaAllah selamanya....hingga ke syurga...amiiiiiin